Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut tinjauan dari beberapa orang tua yang masih berada sekarang, pembukaan kampung ini bermula sejak dua ratus tahun yang lampau, semasa kerajaan Belanda menakluki Melaka dari tangan Portugis, tahun 1641 – 1795.
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berselisih faham dengan keluarganya di Pulau Sebang, Tampin. Oleh kerana merajuk, mereka telah merantau membawa untung nasib sendiri. Mereka telah membuat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu kempas ( diramalkan Kampung Pondok Kempas sekarang ). Disebabkan tiada tempat bersesuaian, mereka meneruskan perantauan mereka dan membuat rumah dan menetap di tepi tebing sungai Bertarah iaitu Simpang Kemendor sekarang.
Suatu hari ketika si isteri sedang membasuh, kerosang emas yang dipakainya telah jatuh dan dihanyutkan oleh air. Mengenangkan peristiwa sedih dan menyayat hati bagi pasangan tersebut, maka dinamakan tempat itu dengan panggilan “Kosang Tua”, yang mana akhirnya disebut KESANG TUA seperti yang termaklum hingga hari ini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia
Aktiviti Terkini | 19 November 2017Program dijalankan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan Pusat Internet 1Malaysia... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Tun Ghaffar Air Kangkung
Aktiviti Terkini | 4 November 2017Dapat mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar & ICT, menaik taraf komuniti dengan penggunaan jalur lebar, memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukkan penggunaan jalur lebar & ICT... baca selanjutnya
Klik dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Kesang Tua
Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2017Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya
Bengkel Advokasi(Klik Dengan Bijak) Sekolah Kebangsaan Seri Bemban
Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2017Pihak Pusat Internet 1Malaysia Air Panas dan Guru Kaunseling SK Seri Bemban telah berkerjasama dalam mengadakan Bengkel Advokasi ini... baca selanjutnya
Kuiz Online Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 30 September 2017Dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet)... baca selanjutnya
Poster Hari Merdeka
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2017Dapat memupuk minda positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman bulan patriotism yang dijalankan... baca selanjutnya
Jamuan Hari Raya di PI1M Dun Bemban
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017Bertujuan dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dan masyarakat setempat... baca selanjutnya
Majlis Bacaan Yasin Dan Berbuka Puasa di Surau Taman Kesang Indah
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017Aktiviti ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan, bersama-sama penduduk meraikan majlis berbuka puasa dan bacaan yasin di bulan Ramadan... baca selanjutnya
“DIY” Hadiah Hari Guru
Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengenang dan membalas jasa guru... baca selanjutnya
Tayangan & Kuiz Kenali Melaka Bandaraya Bersejarah Sempena Hari Melaka Bersejarah
Aktiviti Terkini | 22 April 2017Dapat memperkenalkan Sejarah, Informasi dan Keistimewaan yang terdapat di Negeri Melaka... baca selanjutnya
Pertandingan “Make Your Own Word Search”
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2017Program sebegini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris dan... baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Tahun Baru Cina
Aktiviti Terkini | 16 Januari 2017Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Kesang Barat ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat seperti kelas komputer dan sebagainya...
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya