Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Tahun Baru Cina

16 Januari 2017 | Isnin
3.00 petang – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kesang Barat, Melaka

Tujuan:
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

Kelebihan:
- Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil daripada mencipta kad yang menarik.
- Meningkatkan pemahaman pelajar tentang Kebudayaan Cina.
- Pertandingan yang dipraktikkan dapat menimbulkan daya saing yang sihat, saling hormat menghormati serta mempunyai matlamat hidup yang positif di kalangan pelajar.
- Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.

Butir-butir berkaitan:
Hadiah dan cenderahati disediakan kepada peserta yang memenangi aktiviti yang dijalankan di PI1M.

Penglibatan:
Pelajar sekolah rendah dan menengah.

Perlaksanaan Aktiviti:
Aktiviti utama dijalankan dengan mengumpulkan peserta di PI1M Kesang dan bersedia untuk mendengar arahan dan peralatan untuk mencipta kad yang kreatif bertemakan Tahun Baru Cina. Pelajar diberikan tugas tersebut secara berkumpulan. Pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan akses internet bagi mencari tema dan simbol-simbol yang digunakan dalam perayaan tahun Baru Cina.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama