Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut tinjauan dari beberapa orang tua yang masih berada sekarang, pembukaan kampung ini bermula sejak dua ratus tahun yang lampau, semasa kerajaan Belanda menakluki Melaka dari tangan Portugis, tahun 1641 – 1795.
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berselisih faham dengan keluarganya di Pulau Sebang, Tampin. Oleh kerana merajuk, mereka telah merantau membawa untung nasib sendiri. Mereka telah membuat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu kempas ( diramalkan Kampung Pondok Kempas sekarang ). Disebabkan tiada tempat bersesuaian, mereka meneruskan perantauan mereka dan membuat rumah dan menetap di tepi tebing sungai Bertarah iaitu Simpang Kemendor sekarang.
Suatu hari ketika si isteri sedang membasuh, kerosang emas yang dipakainya telah jatuh dan dihanyutkan oleh air. Mengenangkan peristiwa sedih dan menyayat hati bagi pasangan tersebut, maka dinamakan tempat itu dengan panggilan “Kosang Tua”, yang mana akhirnya disebut KESANG TUA seperti yang termaklum hingga hari ini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KAMPUNG TERENTANG
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019Menghargai sokongan komuniti kepada Pusat Internet Kampung Terentang serta mempromosikan perkhidamatan Pusat Internet kepada komuniti setempat....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK @ KURSUS KEM PERKASA REMAJA 2019 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Aktiviti Terkini | 2 November 2019Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
COLLAGE DEEPAVALI
Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019Meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum dan memahami budaya masyarakat berbilang kaum....baca selanjutnya
KUIZ HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini |14 September 2019Semangat untuk mendorong mereka supaya sentiasa mengingati sejarah bagaimana Malaysia itu 'dilahirkan'....baca selanjutnya
TAYANGAN KEMERDEKAAN & PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019Mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti...baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK & PAMERAN PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2019Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada pengunjung dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul. Disamping memberi pendedahan tentang fungsi pusat internet....baca selanjutnya
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Program ini membudayakan semangat bersatu padu tidak mengira peringkat umur mahupun kaum....baca selanjutnya
Program Bubur Lambuk
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019Dapat memperkenalkan PI kepada komuniti dan mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 5 April 2019Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti Terkini | 7 & 19 Mac 2019Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2019Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya
Talk Klik Dengan Bijak Pusat Internet Kesang Barat 2019
Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.... baca selanjutnya