Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut tinjauan dari beberapa orang tua yang masih berada sekarang, pembukaan kampung ini bermula sejak dua ratus tahun yang lampau, semasa kerajaan Belanda menakluki Melaka dari tangan Portugis, tahun 1641 – 1795.
Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berselisih faham dengan keluarganya di Pulau Sebang, Tampin. Oleh kerana merajuk, mereka telah merantau membawa untung nasib sendiri. Mereka telah membuat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu kempas ( diramalkan Kampung Pondok Kempas sekarang ). Disebabkan tiada tempat bersesuaian, mereka meneruskan perantauan mereka dan membuat rumah dan menetap di tepi tebing sungai Bertarah iaitu Simpang Kemendor sekarang.
Suatu hari ketika si isteri sedang membasuh, kerosang emas yang dipakainya telah jatuh dan dihanyutkan oleh air. Mengenangkan peristiwa sedih dan menyayat hati bagi pasangan tersebut, maka dinamakan tempat itu dengan panggilan “Kosang Tua”, yang mana akhirnya disebut KESANG TUA seperti yang termaklum hingga hari ini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Digi Academy: Digital Literacy Programme’
Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan TahunMerupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya
Gotong-Royong Tahun 2018
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya
Digi Academy – Design Thinking
Aktiviti Terkini | 16 November 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya
Pertandingan Kuiz Digi Academy 2
Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2018Program bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar yang terlibat dengan program Digi Academy tentang setiap pembelajaran berkaitan Arduino... baca selanjutnya
Hari Potensi dan Inovasi
Aktiviti Terkini | 24 September 2018Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat Chabau dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya
Arduino Challange Pusat Internet Kesang Barat
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018Tujuan adalah untuk program dijalankan bersama peserta Digi Academy yang telah menghadiri kelas Arduino... baca selanjutnya
Majlis Hari Raya Aidilfitri 2018
Aktiviti Terkini | 7 Julai 2018Program dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli PI dan menaikkan imej PI Kesang Barat di mata masyarakat setempat... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Air Baruk
Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak Bersama K-Ekonomi Melaka
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2018Program dijalankan adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar supaya mewujudkan persekitaran yang selamat dan menjadi pengguna internet yang bijak... baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi
Aktiviti Terkini | 13, 20 & 27 April 2018Bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya
Advokasi Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 9 Mac 2018Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.... baca selanjutnya
Pertandingan Math Flash Card
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018Bertujuan supaya dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris... baca selanjutnya