Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Mengikut tinjauan dari beberapa orang tua yang masih berada sekarang, pembukaan kampung ini bermula sejak dua ratus tahun yang lampau, semasa kerajaan Belanda menakluki Melaka dari tangan Portugis, tahun 1641 – 1795.

Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah berselisih faham dengan keluarganya di Pulau Sebang, Tampin. Oleh kerana merajuk, mereka telah merantau membawa untung nasib sendiri. Mereka telah membuat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu kempas ( diramalkan Kampung Pondok Kempas sekarang ). Disebabkan tiada tempat bersesuaian, mereka meneruskan perantauan mereka dan membuat rumah dan menetap di tepi tebing sungai Bertarah iaitu Simpang Kemendor sekarang.

Suatu hari ketika si isteri sedang membasuh, kerosang emas yang dipakainya telah jatuh dan dihanyutkan oleh air. Mengenangkan peristiwa sedih dan menyayat hati bagi pasangan tersebut, maka dinamakan tempat itu dengan panggilan “Kosang Tua”, yang mana akhirnya disebut KESANG TUA seperti yang termaklum hingga hari ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC. baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik)

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Kesang Barat ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kesang Barat seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya