Pertandingan “Make Your Own Word Search”
10 Mac 2017 | Jumaat
3.00 petang – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kesang Barat, Melaka
Tujuan:
Program sebegini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris.
Kelebihan:
- Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif.
- Pertandingan yang dipraktikkan dapat menimbulkan daya saing yang sihat.
- Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.
- Melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Butir-butir berkaitan:
Hadiah dan cenderahati disediakan kepada peserta yang memenangi aktiviti yang dijalankan di PI1M.
Penglibatan:
Pelajar sekolah rendah dan menengah.
Perlaksanaan Aktiviti:
- Aktiviti utama dijalankan dengan mengumpulkan peserta di PI1M Kesang. Aktiviti percubaan yang pertama, pelajar didedahkan untuk mencuba permainan wordsearch secara online. Masa yang terpantas untuk menyiapkan word search dikira pemenang.
- Kemudian, pelajar diberikan sehelai kertas untuk mencipta 12 perkataan berdasarkan huruf di dalam perkataan “BEAUTIFUL CATERPILLAR”. Perkataan yang dihasilkan mestilah dalam Bahasa Inggeris.
- 12 perkataan yang telah dicipta akan dimasukkan kedalam ruangan kotak-kotak untuk menghasilkan word search. Setelah semua kotak diisi dengan huruf-huruf, para peserta akan menukar kertas mereka bersama rakan-rakan. Peserta yang terpantas menyiapkan word search akan dikira sebagai pemenang.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: