KELAS STEM IOT: HAND ROBOTIC
Aktiviti terkini |2 Februari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Kesang Barat
Ringkasan Aktiviti :
• Mencipta hand robotic dengan menggunakan kertas bersama ahli PEDi Kesang Barat berumur bawah 12 tahun.
Tujuan :
• Semasa kelas ini, peserta kelas ini pada mulanya disuruh menonton video di dalam Youtube mengenai cara membuat Robotic Hand.
• Selepas selesai menonton video tersebut, mereka masing-masing diberi perkakas ataupun bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Robotic Hand iaitu kertas warna, benang, penyedut minuman (straw), pita pelekat (sellotape) dan gunting.
• Seterusnya, mereka memulai dengan langkah pertama cara membuat Robotic Hand iaitu melukis tangan pada kertas warna dan menggunting kertas warna tersebut mengikut bentuk tangan yang telah dilukis.
• Para peserta ini dibimbing dari langkah pertama sehingga siap.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas mencipta hand robotic bersama ahli PEDi Kesang Barat.
Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan PEDi Kesang Barat secara tidak langsung.
• Menarik lebih ramai komuniti untuk mengunjungi PEDi Kesang Barat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :